2015年11月16日星期一

Pengenalan "sejarah" :


       Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan pada masa kini berpunca daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud Pohon. Dari sudut lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian.


      Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk  menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semula jadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga, Sejarah ialah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.




Pengenalan Perang Dunia Pertama:



Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan.

Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya terbunuh di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balkan yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia.

Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman.

Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.



Faktor Berlakunya Perang Dunia Pertama ( 1914-1918):

1.  Kebangkitan semangat nasionalisme dalam kalangan Negara-negara yang ingin membuktikan kekuasaan masing-masing dengan memperluas tanah jajahan mereka.

2.  Persaingan imperialisme dan ekonomi telah menyebabkan Negara-negara berkenaan mula bersaing untuk memperluas pengaruh masing-masing.

3.  Persaingan tersebut menyebabkan beberapa Negara yang membentuk system pakatan akhirnya telah mewujudkan dua pakatan yqang bermusuhan antara satu sama lain, iaitu Pakatan Bertiga dan Perikatan Kuasa Tengah.

4.  Faktor segera tercetusnya Perang Dunia Pertama adalah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand,waris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Jun 1914.



Kesan-kesan Perang Dunia Pertama:

1. Tamatnya pemerintahan beraja di Eropah.

2. Berubahnya peta Eropah.

3. Penubuhan Liga Bangsa.

4. Terbentuknya beberapa buah negara baru.

5. Inflasi berlaku di negara-negara yang berperang.

6. Pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun.

7. Berlakunya pengangguran.

8. Kehilangan nyawa yang ramai.


o Bahan-bahan pengajaran
o Aktiviti sekolah
o Berita
o Takwim
o Laporan
o Bahan-bahan lain yang berkaitan



没有评论:

发表评论