2015年11月16日星期一
Pengenalan "sejarah" :
Perkataan Sejarah (History) yang
kita gunakan pada masa kini berpunca daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun
yang bermaksud Pohon. Dari sudut lain pula, istilah history merupakan
terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories yang membawa makna satu
penyelidikan ataupun pengkajian.
Mengikut pandangan "Bapa
Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya
seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Mengikut definisi yang diberikan
oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian
semula jadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut
beliau juga, Sejarah ialah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai
catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.
Pengenalan Perang Dunia Pertama:
Perang Dunia I berlarutan
antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan.
Pada
28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya
terbunuh di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti
oleh Serbia, sebuah negara Balkan yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah
dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum
Serbia.
Austria-Hungary
menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong
Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan
Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera
Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian
menyerang Jerman.
Pada
permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara
Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan
sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang
menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan
berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak
dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu
kerana ingin menguasai tanah Austria. Pada tahun 1917, Amerika Syarikat
memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.
Rekod Sejarah Perang Dunia Pertama ( Gambar )
Faktor Berlakunya Perang Dunia Pertama ( 1914-1918):
1. Kebangkitan semangat nasionalisme dalam kalangan Negara-negara
yang ingin membuktikan kekuasaan masing-masing dengan memperluas tanah jajahan
mereka.
2. Persaingan imperialisme dan ekonomi telah menyebabkan
Negara-negara berkenaan mula bersaing untuk memperluas pengaruh masing-masing.
3. Persaingan tersebut menyebabkan beberapa Negara yang
membentuk system pakatan akhirnya telah mewujudkan dua pakatan yqang bermusuhan
antara satu sama lain, iaitu Pakatan Bertiga dan Perikatan Kuasa Tengah.
4. Faktor segera tercetusnya Perang Dunia Pertama adalah pembunuhan Archduke
Franz Ferdinand,waris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang
pengganas Serbia pada 28 Jun 1914.
Kesan-kesan Perang Dunia Pertama:
1. Tamatnya pemerintahan
beraja di Eropah.
2. Berubahnya peta Eropah.
3. Penubuhan Liga Bangsa.
4. Terbentuknya beberapa
buah negara baru.
5. Inflasi berlaku di
negara-negara yang berperang.
6. Pasaran dunia dikuasai
oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
7. Berlakunya pengangguran.
8. Kehilangan nyawa yang
ramai.
o Bahan-bahan pengajaran
o Aktiviti sekolah
o Berita
o Takwim
o Laporan
o Bahan-bahan lain yang berkaitan
订阅:
博文 (Atom)